SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Blog Saya.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday 13 November 2011

Nak makan apa hari ini?...

Adik-adik yang masih bersekolah pastinya akan bersarapan sebelum pergi ke sekolah bukan? Seterusnya pada waktu rehat adik-adik akan makan lagi. Apabila sudah pulang ke rumah, ibu akan menyediakan makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Setiap hari, adik-adik biasanya akan makan 3 kali. Adakah adik-adik makan makanan yang sama setiap kali? Menurut ahli pemakanan, untuk mencapai kesihatan dan tumbesaran yang ideal, adik-adik perlu mengikut skim pemakanan berdasarkan rajah piramid makanan.

 Piramid makanan dapat membantu adik-adik memahami cara pemakanan yang sihat. Piramid makanan menekankan supaya kita makan pelbagai makanan dan mengawal kuantiti makanan yang perlu diambil untuk sesuatu hidangan. Ia bermakan sesetengah hidangan memerlukan banyak makanan tertentu manakala hidangan yang lain memerlukannya kurang. Cuba lihat rajah di bawah:
Kesimpulannya:
  • Banyakkan makanan yang berada di aras paling bawah dan kurangkan makanan apabila kamu bergerak ke atas.
  • Terdapat 5 kumpulan makanan berbeza dan satu kumpulan lemak, minyak dan manisan.

No comments:

Post a Comment