SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Blog Saya.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday, 13 November 2011

Kanak-kanak yang mengalami kurang nutrisi...

                         Cuba adik-adik lihat gambar di atas.



 Cikgu pasti itu bukanlah keadaan adik sekarang ini di Malaysia. Namun begitu, bagi sesetengah negara di dunia kekurangan nutrisi merupakan satu masalah utama. Fakta-fakta di bawah menjelaskan perkara tersebut:
  • Di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan 500 juta orang sedang tinggal dalam keadaan miskin tegar.
  • Setiap tahun 15 juta kanak-kanak mati akibat kebuluran.
  • Menurut data daripada UNICEF, hampir satu perempat penduduk dunia menyara hidup dengan pendapatan kurang USD1.
  • Pada tahun 1997, 300 ribu kanak-kanak diselamatkan melalui bantuan pengambilan vitamin A di negara-negara membangun.
  • 183 juta kanak-kanak kekurangan berat badan jika dibandingkan dengan umurnya.
dan banyak lagi fakta-fakta yang menakutkan kita akibat kekurangan nutrisi. Jadi adik-adik kita mestilah bersyukur dengan limpahan makanan yang didapati di negara kita dan menjaganya.

No comments:

Post a comment